video resep : Resepi Sup Ayam Mudah Dan Sedap Guna Noxxa Hanya 8 Minit Siap.



#resepisupayamnoxxa #resepisupayammudahdansedap #resepisupayampalingsenangdancepat

Salam semua, kali ini resepi sup ayam noxxa rasa paling ringkas dah masak guna noxxa. Sis memang tak guna rempah 4 sekawan. Hanya guna rempah sup Adabi. Makin lama guna, makin sedap pulak rempah sup dari Adabi ni 🙂
.
Tapi tak apa terpulang rempah sup apa kegemaran korang semua ya. Masak sup ayam HP hanya 8 minit sahaja. Percaya tak. Sedang elok dah masaknya. Kalau letak kaki ayam pun kembang elok secukup rasa gitu. Tak adalah sampai terlembik sangat
.
Nak sup lagi sedap, nanti nak makan tu, perah jus limau nipis, bawang goreng dan juga letak daun sup. Lagi terangkat hirup sup ayam. Siapa nak ikut cara sis boleh follow ya 🙂
.
Jom cuba resepi sup ayam mudah dan sedap noxxa

Resepi Sup Ayam Mudah Dan Sedap Guna Noxxa Hanya 8 Minit Siap.

Bahan – Bahan
350 gm ayam dipotong sederhana
4 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
Halia sebesar ibu jari*
2 sudu besar rempah sup dari Adabi
1/2 labu bawang besar dipotong baji
7 tangkai lada burung merah dan hijau diketuk
Ubi kentang di potong 2
Garam secukupnya
Air secukupnya

Bahan bertanda * ditumbuk

Cara – cara boleh tonton video

Nota
1. Nak rasa naik bau rempah sekawan boleh letak masa untuk tumis
2. Nak lagi sedap sup letak jus limau nipis , bawang goreng dan tabur daun sup.

Jemput follow my instagram : https://www.instagram.com/noni_sukarno/

Jemput like my facebook page : https://www.facebook.com/wanisukarno/

Like, Comment, Subscribe and share thank you 🙂

source

Leave a Comment